MENGAJAR KEFAHAMAN MEMBACA DAN BERFIKIR SECARA KRITIKAL

PENGENALAN
Teknik membaca secara kritikal melibatkan pemikiran secara kritis dan analitik yang bertujuan untuk mentafsir, menilai dan juga merenung kembali maklumat yang telah dibaca. Membaca secara kritikal merupakan pembacaan yang teliti dan mendalam serta bertujuan untuk menjawab dua soalan yang penting semasa membaca.Soalan yang perlu ada dalam kotak pemikiran seseorang semasa membca secara kritikal ialah bagaimana dan mengapa,selain itu juga ia digunakan untuk menilai, mentafsir, membanding dan mendefinisikan.
Strategi membaca secara kritikal ini memerlukan seseorang pembaca mendekati teks secara kritikal.Seterusnya pembacaan secara kritikal memerlukan pembaca tersebut menilai apa yang telah dibaca dan pembaca juga perlu mengetahui mengapa dan bagaimana sesuatu maklumat itu disampaikan. Pembacaan secara kritikal boleh membantu pembaca untuk menilai teknik pembacaan mereka supaya proses pembacaan mereka menjadi pembacaan berkesan. Mengetahui mengapa anda membaca sesebuah teks yang diberikan boleh membantu anda menyusun kedua-dua iaitu pembacaan anda dan bagaimana anda boleh menggunakan apa yang anda baca.

Selain itu juga sebelum membaca sesebuah teks,pembaca perlu bertanya kepada diri sendiri sama ada pembaca membaca hanya sekadar:
a)    Untuk mendapatkan kandungan umum?
b)    Untuk maklumat tertentu?
c)    Untuk mendapatkan hujah-hujah yang menyokong atau membangkang ayat tesis anda dalam sebuah tugasan penulisan?
d)    Untuk maklumat yang boleh mencetuskan anda untuk brfikir berkaitan apa yang anda perlukan menyelesaikan sesuatu permasalahan dalam sesuatu tugasan?

PENGAJARAN EKPLISIT

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 21), pengajaran membawa maksud perihal mengajar atau segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem belajar. Manakala eksplisit bermaksud, dinyatakan dengan tepat dan jelas, tanpa berkias-kias atau tersurat. Oleh hal yang demikian, dalam aspek kefahaman membaca dan berfikir secara kritikal dengan menggunakan pengajaran eksplisit ini dimaksudkan sebagai rangka kerja untuk membangunkan kemahiran pemahaman bacaan dan strategi yang boleh digunakan oleh guru secara jelas dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi meningkatkan kefahaman dan daya berfikir secara kritikal kepada pelajar. Antara kaedah pengajaran yang boleh digunakan dalam pengajaran eksplisit ialah kaedah penerangan, member contoh,demonstrasi, menggunakan alat bantu mengajar, teknik soal-jawab dan sebagainya

Teknik eksplisit merupakan salah satu teknik kemahiran berfikir yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. KPM telah menyenaraikan beberapa langkah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalankan pengajaran kefahaman membaca dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini.


TEKNIK PENGAJARAN EKPLISIT

Teknik pengajaran eksplisit adalah merupakan satu kerangka bagi membangunkan strategi kemahiran pemahaman bacaan yang boleh diaplikasikan bersama teknik bacaan lain tanpa bantuan guru. Persoalan yang cuba dijawab dalam teknik ini adalah sama ada bolehkah pelajar diajar strategi pemahaman bacaan supaya ia boleh diubah menjadi situasi pembacaan bebas. Teknik pengajaran eksplisit ini mempunyai ciri-ciri seperti:

·         Relavan
o    Pelajar diberi pendedahan tujuan sesuatu strategi atau kemahiran. Perbincangan bagaimana, bila, di mana dan mengapa sesuatu strategi atau kemahiran digunakan.

·         Definisi
o    Pelajar diajar cara untuk mengaplikasikan kemahiran dengan cara melabel, mendefinisi, memodel dan menerangkan sesuatu kemahiran atau strategi. Pada peringkat ini, suatu kemahiran atau strategi itu dilabelkan dan cara pelaksanaannya ditunjukkan oleh guru. Guru menunjukkan kepada pelajar panduan untuk menggunakankemahiran atau strategi ini. Pelajar juga didedahkan kekurangan strategi itu.

·         Latihan berpandu
o    Terdapat dua tujuan latihan dilakukan iaitu untuk memberi persediaan kepada  pelajar melaksanakan strategi atau kemahiran yang dilakukan secara bersendirian dan juga untuk mengenal pasti pelajar yang menghadapi masalah menguasai sesuatu strategi atau kemahiran.

·         Latihan kendiri
o    Pelajar menjalani latihan yang sama secara bersendirian.

·         Aplikasi
o    Pelajar diberikan pelbagai situasi bagi merangsang mereka untuk mengaplikasikan sesuatu kemahiran atau strategi dan membincangkan pengaplikasian yang dilakukan.


         MENGAPA PERLU DILAKSANAKAN DALAM P&P

               1)    Supaya Pelajar Boleh Memahami Bahan Yang Dibaca
Pengajaran secara eksplisit ini diajar di dalam sesuatu P&P kerana ingin membantu pelajar memahami sesuatu bahan yang dibaca dengan mudah dan cepat serta dapatmembuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar terhadap bahan bacaan yang diberi.Pengajaran eksplisit merupakan salah satu pendekatan yang digunakan untuk membangunkan kebolehfahaman membaca secara bebas dan jelas.Dengan menggunakan teknik ini,guru pada mulanya akan memperkenalkan isi kandungan bahan yang ingindiajar supaya pelajar mendapat pandangan awal tentang apa yang bakal mereka pelajari. Sebagai contoh,guru boleh menggunakan teknik penerangan pada tahap inidengan menerangkan tentang idea utama bahan tersebut sebelum mengarahkan pelajar membuat tugasan.

Guru perlu memberi penerangan yang jelas kepada pelajar tentang suatu bahan bacaan atau tugasan yang diberikan dan guru juga perlu memastikan pelajar memahami tentang idea utama yang dibincangkan. Selepas pelajar telah diterangkan tentang bahan yang diberi,pelajar akan diarahkan melakukan tugas dan mencari isi-isi penting berkaitan tajuk yang diberikan. Apabila penerangan secara jelas telah diberikan, pelajar akan lebih mudah memahami bahan yang dibaca dan akan mula memcari isiuntuk tugasan mereka.Selepas telah menerangkan segala yang berkaitan dengan tajuk pengajaran,guru boleh membuat refleksi supaya pelajar dapat mengingat semula tentang apa yang telah diberitahu oleh guru pada awal sesi pembelajaran.

Pada tahap ini mereka sepatutnya dapat menyenaraikan semula isi-isi penting yang telah diterangkan oleh guru.Ketika ini juga, guru boleh bertanya beberapa soalan bagi melihat sejauh mana mereka faham tentang apa yang telah diajar. Seterusnya untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kritikal, guru boleh mengajukan beberapa soalan penting seperti bagaimana mereka mempelajarinya?,bagaimana mereka berfikir untuk mencari jawapan atau bagaimana dan apa yang telah dipelajari boleh digunakan pada masa hadapan dan dalam situasi yang bagaimana?.


               2)    Supaya Pelajar Dapat Berfikir Secara Kritikal

Teknik pengajaran secara eksplisit ini juga dijalankan supaya pelajar dapat berfikir secara kritis dan tidak hanya berfikir pada tahap yang biasa sahaja. Apabila pelajar memahami idea utama tentang sesuatu bahan bacaan, mereka akan mudah memikirkan idea-idea sampingan yang lain dan dapat membantu pelajar untuk berfikir di luar kotak pemikiran dan menjana idea yang bernas tentang sesuatu bahan bacaan atau tugasan yang diberikan. Pengenalan kepada idea utama melalui contoh boleh digunakan dalam pengajaran eksplisit. Dalam teknik ini, guru perlu memberi contoh dan pengenalan kepada idea utama yang terdapat dalam sesuatu bahan yang diberi. Guru perlu berbincang dengan pelajar tentang mengapa, bila, bagaimana dan di mana maklumat yang terdapat dalam bahan bacaan itu digunakan.

Seterusnya untuk memastikan pelajar faham tentang apa yang dibaca,contoh-contoh yang relevan dan mempunyai kaitan dengan pengalaman sedia ada pelajar boleh diberikan sebagai contoh supaya pelajar dapat berfikir dan mengetahui idea utama bahan yang dibaca. Sebagai contoh, sekiranya guru ingin memberi tugasan karangan yang berkaitandengan pencemaran, guru terlebih dahulu boleh bertanyakan kepada pelajar tentang pencemaran yang berlaku di kawasan rumah mereka, jenis-jenis pencemaran yang berlaku di kawasan kampung mereka, mengapa pencemaran berlaku, apa yang mereka ketahui tentang pencemaran dan sebagainya. Menurut B. J Moore (1984:85), “another comprehension skill to be developed is the ability to relate what is read to one’s own life experiences”.

Sekiranya teknik ini dilakukan, pelajar akan memberi tindak balas yang baik dan akan menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Pelajar juga akan lebih mudah untuk memahami tentang tugasan yang perlu mereka lakukan dan boleh berfikir secara kritikal semasa guru bertanyakan soalan atau pendapat mereka.


KELEBIHAN PENGAJARAN EKSPLISIT

1)    Menarik Minat Pelajar
Seperti yang telah diketahui,dalam pengajaran secara eksplisit ini, guru perlu memberikan pengajaran secara jelas. Oleh hal yang demikian, guru sering menggunakan alat bantu mengajar seperti OHP,pita video, radio kaset, televisyen, grafik atau rajah dan lain-lain lagi. Alat-alat yang digunakan ini akan menarik minat pelajar dan membuatkan pelajar dapat berfikir secara kritikal.Sebagai contoh, sekiranya guru boleh menayangkan rancangan national geografi, pelajar akan tidak akan bosan dan tidak hanya duduk di kerusi masing-masing. Pelajar juga boleh menonton secara berkumpulan dan pada masa yang sama akan timbul pelbagai persoalan daripada yang telah mereka lihat. Hal ini akan menyebabkan pelajar akan cuba berfikir secarakritikal untuk mencari jawapan tentang persoalan yang mereka ajukan pada diri merekasendiri.


2)    Membaca Secara Aktif
Melalui pengajaran secara eksplisit,pelajar dapat menjadi seorang pembaca yang aktif.Membaca merupakan kaedah yang digunakan oleh manusia untuk mencari maklumat atau fakta-fakta tentang sesuatu perkara, namun tidak bermakna semua maklumat yang diberikan harus diterima bulat-bulat. Seseorang pembaca yang aktif akan berfikir apa yang ingin disampaikan oleh penulis dan bertanya pada diri sendiri tentang persoalan yang timbul daripada bahan yang dibaca. Pembaca juga akan menggunakan pemikiran kritikal untuk mendapatkan jawapannya.

Menurut Kamarudin Hj Husin (1993:131), “membaca adalah satu kaedah untuk mendapatkan fakta dan idea daripada penulis. Ini tidak bermakna kita menerima segala apa yang dipaparkan oleh penulis tanpa berfikir. Dengan itu, pembaca perlu memikirkan mesej yang ingin disampaikan oleh penulis.


KEKURANGAN PENGAJARAN EKSPLISIT
1)    Guru Perlu Mempunyai Kemahiran Yang Berkesan
Antara kekurangan dalam pengajaran eksplisit ialah guru perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menyampai dan menjalankan teknik eksplisit secara berkesan supaya matlamat pemahaman bacaan dan berfikir secara kritikal tercapai. Sekiranya guru tidak menggunakan teknik ini dengan  betul semasa mengajar,pelajar tidak dapat memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru. Selain itu juga guru perlu berkomunikasi dengan pelajar,komunikasi dua hala penting supaya pelajar tidak hanya memendamkan perkara yang tidak difahami.



Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer