Dengan
menggunakan kaedah pengajaran eksplisit dan inpres cerita, jelas memberikan
impak yang positif dalam membantu para guru mengenal pasti tindak balas yang
diberikan oleh murid-muridnya semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Pelbagai kaedah yang digunakan dalam mencapai matlamat bagi setiap aspek yang
dinyatakan dan ianya ditujukan kepada semua terutamanya pelajar dan juga kepada
semua peringkat umur. Kaedah tersebut dibuat bagi memastikan berlakunya tindak
balas dalam pembacaan dan pembacaan yang dibuat berkesan untuk kegunaan pada
masa sekarang dan pada masa hadapan.
