PENGENALAN
Tindak
balas terhadap bahan pembacaan adalah bertujuan untuk menyediakan lebih banyak
peluang kepada para pelajar untuk menulis, termasuk penulisan dalam tindak
balas kepada perkara yang dibaca oleh mereka dan juga berinteraksi dengan satu
sama lain mengenai penulisan mereka sendiri. Dalam hal ini pelajar bukan sahaja
digalakkan untuk menjana idea tetapi mereka juga diberikan maklum balas
mengenai kualiti pemikiran mereka. Seterusnya ia dapat membantu meningkatkan
keupayaan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif dan penglibatan mereka
sebagai ahli komuniti dengan suara. Terdapat lima strategi untuk membantu
pelajar bertindak balas terhadap bahan bacaan. Antara tindak balas terhadap
bacaan tersebut adalah inpres cerita.
INPRES CERITA
Inpres
cerita merupakan satu konsep baharu yang telah dibangunkan atau dipelopori oleh
sarjana Barat iaitu McGinley dan Denner (1987). Inpres cerita merupakan satu
konsep utama dari cerita untuk membangunkan cerita sendiri atau gambaran
bagaimana konsep-konsep utama yang patut berada bersama-sama dalam sesebuah
penulisan. Inpres cerita ini sebenarnya adalah bertujuan untuk membantu pelajar
menyedari bahawa membaca melibatkan pemikiran idea secara aktif (McGinley dan
Denner, 1987). Pemikiran idea secara aktif di sini bermaksud pembaca berusaha
menggunakan pemikiran dan minda mereka untuk menggarap atau menterjemahkan idea
baharu yang mungkin boleh dihasilkan sebelum, semasa dan selepas seseorang itu
melakukan pembacaan. Menurut McGinley (1987), pendekatan inpres cerita ini
sesuai dan boleh digunakan kepada pelajar pada semua peringkat umur.
MENGAPA
PERLU DILAKSANAKAN DALAM P&P
Inpres
cerita ini diperkenalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dalam bilik darjah bertujuan untuk memudahkan pemahaman pelajar. Untuk memahami
sesuatu perkara, pembaca mesti menggunakan petunjuk yang dibekalkan oleh
penulis. Hal ini penting untuk mengaktifkan struktur pengetahuan yang sesuai
terlebih dahulu, dan ia biasanya dipanggil skema. Apabila aktif, skema boleh
berkhidmat sebagai asas untuk membuat ramalan. Pembaca mahir kemudiannya akan
menguji atau membuat ramalan berasaskan skema yang sebelumnya dengan menilai
diri mereka untuk kebaikan dengan maklumat berikutnya atau petunjuk yang
dibekalkan oleh penulis.
Dalam pada itu, inpres cerita ini juga boleh digunakan
oleh para pelajar untuk memikirkan sebarang persoalan mereka sendiri sebelum
melakukan pembacaan atau sebagai bantuan untuk pelajar membangunkan sebuah
laporan, serta membuat nota. Inpres cerita juga secara tidak langsung membantu
untuk membangunkan dan mengukuhkan kemahiran yang dikuasai oleh pelajar seperti
kemahiran berfikir, menjana idea secara kritis, kreatif dan berturutan.
Terdapat dua cara atau teknik penting daripada aktiviti
pemikiran bacaan yang diarahkan, iaitu:
1)
Petunjuk secara sistematik daripada struktur tingkat atas cerita.
2)
Dengan inpres cerita pelajar membangunkan cerita berdasarkan petunjuk yang mereka berikan.
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN INPRES CERITA
Inpres
cerita merupakan konsep utama dalam bentuk perkataan, petunjuk dan frasa untuk
bersama-sama dimuatkan ke dalam tanggapan atau draf cerita yang dibuat oleh
pelajar. Antara langkah memperkenalkan
inpres cerita adalah dengan memberi pengenalan umum kepada para pelajar tentang
inpres cerita. Seterusnya, pelajar boleh terus ke senarai konsep utama dengan guru
memberikan arahan seperti “berikut adalah beberapa petunjuk tentang kisah yang
kita akan baca. Kita akan menggunakan petunjuk untuk menulis versi cerita kita
sendiri . Selepas itu, kita akan membaca cerita bersama-sama untuk melihat jika
penulis mempunyai idea yang sama seperti kita.”
Selepas pelajar membaca melalui senarai petunjuk, mereka
digalakkan untuk berbincang bagaimana idea-idea yang mungkin menyambung cerita
tersebut. Guru akan mencatat kemungkinan pada papan hitam. Dengan menggunakan
idea-idea sumbang saran, kelas cerita dibangunkan. Pelajar-pelajar akan membaca
cerita sebenar penulis dan membincangkan bagaimana cerita mereka dibandingkan
dengan cerita tersebut. Mc Ginley dan Denner menegaskan bahawa perlawanan
dengan cerita pengarang tidak penting. Sebaliknya, apa yang penting ialah untuk
membandingkan bagaimana petunjuk telah diperhatikan bersama-sama dengan yang sama
atau berbeza. Sama ada seseorang itu berada dalam kumpulan kecil atau sebagai
individu, pelajar perlu membangunkan cerita mereka sendiri berdasarkan petunjuk
dari cerita lain.
